Monday, June 1, 2015

Tenggiri masak taucu


Menu ni kegemaran saya dan anak2.....hubby dah boleh makan tapi kurang gemar. Stok taucu kat rumah ni memang sentiasa ada. Dulu beli taucu paket kecil2....sekali masak tapi sekarang dalam botol....saya suka jenama yakin... 

Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....


Resepi ikan tenggiri masak taucu

3 keping ikan tenggiri (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur. 

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...