Friday, June 5, 2015

Nasi goreng ikan masin


Bila ada nasi sejuk yang banyak menu sarapan pun boleh agak....hehehe.... Pepagi dapur dah berbau ikan masin goreng....

Semangkuk nasi sejuk
Isi ikan masin kurau dipotong kecil
2 biji bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang putih ketuk
Cili padi ikut citarasa
3 sb sos tiram
Sayur Kailan 
Kalau nak letak kobis pun boleh
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bawang2 hingga naik bau dan keperangan. Masukkan ikan masin dan cili padi hiris dan tumiskan seketika. Masukkan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan nasi,  gaul rata dan goreng selama 5 minit. Akhirnya masukkan sayuran dan goreng hingga sayur layu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...