Saturday, June 6, 2015

Ayam goreng kunyit

Lauk ni untuk sarapan pagi cum makan tengahari....petang kut baru nak masak lain...

Ayam goreng kunyit zulfaza

3 keping dada ayam tanpa tulang
1 sb serbuk lada hitam
1 sb serbuk kunyit
1 sb gula
3 sb sos tiram
garam secukup rasa

Gaul dan perap 30 minit. 

1/2 cawan Minyak untuk menumis
2 ulas bawang besar hiris bulat
6 ulas bawang putih hiris
2 inci halia hiris
10 biji cili padi dibelah 2
1 paket kacang sweet peas potong ikut suka
3 batang celery potong ikut suka

Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api kuat. Kacau selalu supaya atam masak sempurna dan tidak kering dan keras.

Masukkan bawang2 dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan sayuran dan tumis selama 3 minit. Dah siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...