Friday, June 5, 2015

Asam pedas kegemaran keluarga


Menu yg kerap diulang di rumah ni....ikan macam2 bokeh guna...kali ni saya guna ikan mayong.

Asam Pedas Sedap Tak Hengat

I Kilo ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
6 ulas Bawang Putih
2 biji bwang besar Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa
----
Tumis cili hingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak)
Masukkan air asam dan air.
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan, bendi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...