Wednesday, May 6, 2015

Chocolate Bubble Rice In Jar


Bertih beras dalam balang...itu bahasa jawanya...hehehe....dah buat dua tiga hari tapi mood nak update blog kureng skit... Buat ni pun lepas anak minta banyak kali....mood malas dah merasuk diri....susah nak tepis...

Prosesnya senang jer....setengah jam siap...saya guna botol yg dapat masa kenduri kawen dan bekas plastik dadih tu jer....bukan nak buat bisnes....makan sendiri jer kot..

Bahan2nya

Bubble rice (boleh beli kat kedai barang bakeri)
250 white chocolate (compound)
250 dark chocolate (compound)
1/4 cawan minyak masak (lain kali nak try campur cream pulak....tengok jadi lemau ke tidak bertihnya)

Masukkan coklat dan minyak masak dalam kuali. Masak hingga coklat cair sepenuhnya. Nak guna dark chocolate atau milk chocolate sepenuhnya pun boleh.

Masukkan bubble rice ke dalam botol dan tuang coklat cair. Sejukkan seketika pada suhu bilik dan sedia dinikmati. Untuk simpan tutup botol dan biarkan pada suhu bilik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...