Tuesday, April 21, 2015

Semperit Coklat

Malam ni selain buat muffin buat gak biskut semperit coklat sebab mentega dah ada dalam mangkuk adunan sejak sabtu aritu lagi.... Tak terbuat2.... Malam ni gagahkan jugak sebab risau nanti mentega tu rosak pulak...sayangkan....membazir pulak nanti...

Akhirnya jadi jugak biskut yang disukai anak2 saya nih...

Semperit coklat

Zulfaza love cooking

Bahan-bahan

Bahan A 
200gm mentega 
100gm gula ising 
1 biji kuning telur 
1 sk coklat emulco

Bahan B 
250gm tepung gandum 
50gm tepung jagung 
30gm tepung kastard 
1 sb serbuk koko

Hiasan : strawberry chips 

Cara-cara 

Pukul bahan A hingga berkrim. (kalau nak buat dua warna jgn masukkan emulco dulu)
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. (Kalau nak buat dua warna jgn masukkan serbuk koko dahulu, bila dah uli, asingkan sedikit doh dan baru campur koko dan emulco dalam doh yg banyak) Rehatkan selama 1 jam. 


Guna nozzle dahlia pecah 6 dan 10 untuk corak seperti di gambar dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. hias dengan chips strawberry.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...