Wednesday, April 8, 2015

Roti cawan hias jem strawberry dan kaya

Roti semalam dah habis. Hari ni buat lagi roti cawan dihiasi jem straberi dan kaya.



Roti strawberry dan roti kaya

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula (cuma letak 100 gm saja)
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA) (saya tak letak)
225 gm air sejuk (saya tambah jadi 295 gm)

hiasan

Jem strawberry dan kaya

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biar doh naik seganda dan paipkan jem dan kaya ke atas doh.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C - 200°C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...