Thursday, April 2, 2015

Kuih cara manis

Mencara tengahari ni utk bekal sekolah sementelah bercuti untuk jaga anak2....baby sitter ada hal....

Kuih2 melayu ni sebenar mudah nak buat...tapi selalunya lebih mudah bila beli...bagi duit dapat kuih terus ngap.... cer cuba buat sendiri...puas mkn....air tangan sendiri....

Kuih cara manis

1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air pandan
1 biji telur
Sedikit garam

Kisar sebati semua bahan.

Gula
Minyak
Acuan bahulu

Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuang adunan sehingga 1/2 penuh. 

Masukkan gula dan tuang adunan hingga penuh. 

Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan masak selama 3 - 5 minit. Gunakan api kecil bila memasak. 

Cungkil kuih yg telah masak (saya guna lidi cungkil gigi jer atau cake tester)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...