Monday, April 6, 2015

Cucur bawang rangup cicah kuah kacang

Sarapan pagi....semalam tuai daun bawang. Jadi menunya cucur bawang rangup cucah dengan kuah kacang.


Cucur bawang rangup

Secekak daun bawang dihiris
Segenggam udang kering dikisar halus
Garam secukup rasa
Tepung gandum
1 sk baking powder
Air secukupnya

satukan udang, daun bawang, air. Masukkan tepung sedikit2 sambil kacau sehingga menghasilkan adunan sederhana pekat. Tambah baking powder dan garam secukup rasa. 

Ambil sesenduk adunan dan goreng garing menggunakan minyak yg banyak hingga garing. Angkat dan tos minyaknya. Potong cucur dan hidangkan.

Kuah kacang

2 cawan kacang tanah kisar (goreng/bakar dlm oven kacang dan kisar)
*15 biji cili kering - basuh, tos dan gunting
*2 biji bawang besar
*segenggam udang kering - basuh dan tos
garam dan gula secukup rasa
2 inci halia ketuk (kalau ada lengkuas, daun limau purut atau ubi cekur ble letak juga)
2 keping asam gelugur
Air secukupnya

Goreng bahan * hingga garing dan bawang layu. Kisar halus. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Dan masak dengan api perlahan hingga timbul minyak. Kacau sesekali untuk elak kuah hangit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...