Pages

Friday, April 24, 2015

Calzone ala turki

Ermmmmmm sedapnya roti ni.... komen dari ustaz yang ajar anak2 mengaji.... boleh jual ni kak.... hehehe....yer la ustaz....sume benda nak suruh akak jual yer....

TQ la mat gebu....share resepi ni...anak2 pun suka dan hubby cakap rasa dia macam yang dia pernah makan masa kat uk....ada peniaga timur tengah yang bagi roti ni secara percuma masa bulan puasa. 

Patutnya calzone ni rupanya macam karipap.  saya punya doh terlembik sikit sbb terletak lebih mentega dan air. Tu yang tak boleh nak kelim. Kehkehkeh....



Calzone ala turki

BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH (KULIT) :- 

Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.

KAEDAH BM :- Masukkan semua bahan untuk doh ikut turutan BM kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam BM, pilih setting untuk doh  asas.



BAHAN INTI AYAM :-)

1 cawan isi ayam yang dicencang halus
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

UNTUK INTI AYAM :-

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.

UNTUK CALZONE ALA TURKI :-

Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Letak 1/4 bahagian inti ayam, lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. 

Kemudian kelim seperti membuat karipap. Buat hingga siap. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu. (Saya tabur italian herbs). 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..


Saya buat dua adunan....dapat 8 ketul.....5 ketul habis tak sempat sejuk....tinggal 3 jer untuk sarapan.

No comments:

Post a Comment