Monday, March 9, 2015

Tepung gomak

Dulu2 saya suka semua kuih-muih berasaskan kacang hijau...suka sangat2. Tapi bila dah besar ni makan tapi tak banyak macam dolu2.... Salah satu kuih yang saya suka islah tepung gomak....kalau ikut cerita yg saya reka, nama kuih ni dapat bila ada dua tiga orang makcik makan kuih ni....



Sorang tu tanya... apa benda yang berdebu2 kat kuih tu....so kawan dia pun jawab la....tepung gamaknya....dari aritu terus la kuih tu diberi nama tepung gomak.....kehkehkeh....sekian terima kasih.

Mellmerah-letsgetcookin.blogspot.com

Tepung Gomak

Bahan doh

300 gm Tepung pulut
1 cwn Air
secubit garam
saya letak gula 2 sb

Campurkan tepung dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.



Inti Kacang Hijau:

250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. 

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.


Tepung kacang hijau 
(kalau nak buat sendiri la....saya guna yg dah siap proses jenama yg ada gambar kuda tu)

200 gm kacang hijau

basuh kacang hijau sehingga bersih. goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus. ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.

Cara membuat tepung gomak

ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan. angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau. resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.

Selamat mencuba ;-)))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...