Wednesday, April 1, 2015

Ikan masak kuali

Resepinya saya dapat dari myresepi....member promote kata masakan ni sedap.....tu yg jadi teruja nak cuba tapi kena la tunggu stok lengkuas....



Siap sudah lunch dan breakfast untuk family hari ni...



Ikan masak kuali

Bahan-bahan ( 3-4 org )

1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
4 sudu besar lada boh / cili giling
* 3 biji bwg merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 btg serai
1 sk halba
1/3 cwn santan pekat
2 sb air asam jawa
garam, gula secukup rasa.


Cara-cara

Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.

Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.

Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula secukup rasa.

Siap utk dihidang. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...