Thursday, March 5, 2015

Hari kicap sedunia.....tema menu hari ni

Mood malas memasak dah menghantui diri ini. Tapi kalau tak masak kesian pulak kat anakanda2 dan kekanda. Apa diorang nak makan dan apa pulak nak dibekalkan. Jadi dengan rasa penuh tanggungjawab maka terhidang la 2 menu berasaskan kicap....nasi goreng mentega kicap dan telur masak kicap....fuhhhhh lega. Selesai isu makanan hari ni....moga esok mood datang kembali...



Resepi nasi goreng mentega kicap.....nama pun kureng glamer tapi rasa not bad.....boleh la...boleh la...

3 mangkuk nasi
1 biji bawang holland dihiris nipis
4 biji kacang peas potong kecil
1/2 batang lobak merah potong mancis
2 batang putik jagung dipotong serong
1 biji cili masak dihiris serong
Sedikit serbuk lada hitam 
kicap secukupnya
Sedikit ikan bilis halus goreng
2 biji telur - scramble
2 sb mentega
sedikit minyak

Panaskan mentega dan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan kicap dan masakkan hingga mendidih. Masukkan nasi. Gaul rata dan gorengkan seketika. Masukkan sayuran dan perisakan dengan sedikit lada hitam. Gaul rata dan goreng hingga sayur masak. Akhir sekali masukkan telur dan bilis. Kacau rata. Hidangkan. Boleh taburkan dengan bawang goreng atau hirisan daun bawang jika suka.


Telur masak kicap

6 biji telur goreng mata kerbau
1/2 biji lobak merah hiris nipis
1 biji cili merah hiris nipis
1 biji bawang besar hiris nipis
1 inci halia hiris nipis
4 ulas bawang putih hiris nipis
kicap secukupnya
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis

panaskan minyak. Tumis bawang2 dan halia hingga keperangan. Masukkan cili serta lobak dan tumis seketika. Masukkan kicap. Masak hingga mendidih. Tambah sedikit air dan masukkan telur dan asam keping. Biarkan mendidih seketika dan siapppp...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...