Saturday, March 14, 2015

Fried glass noodles/suun goreng


Menu ni adik suka masak...memula dulu macam pelik makan suun aka glass noodle goreng...selalu mkn samada dlm sambal goreng jawa atau lontong atau masak lemak jer.

Fried glass noodle

1 paket suun - remdam hingga lembut

2 sb cili kering kisar (lebihkan kalau nak pedas menjobang)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 keping tauhu digoreng dan potong kecil
15 ekor udang sederhana
sawi atau sayur pilihan
5 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
3 sb cuka apple atau sebarang cuka masakan
minyak untuk menumis

tumbuk bawang2 hingga lumat. Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan cili. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos2, cuka dan kicap. Kacau sebati. Masukkan suun. Kacau hingga sebati. Masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna dan melengkung. Masukkan sayuran dan tauhu goreng. Masak hingga sayur layu. Siap dihidang. Sedap dimakan dengan cili jeruk.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...