Monday, March 30, 2015

Secret admirer ker.....

Arini ni takde resepi nak post tapi nak share perasaan yg tak pasti....sedih?...gembira???...marah????...ermmmm entah la yer...

Kenapa?????....ada orang dan group masakan guna gambar dan blog post untuk post diorg kat group masakan kat fb....tapi.....

Heeeeeeee.....femes gak yer blog akak nih....dulu biasa la baca blog yg hebat2 tu bising pasal isu ni....sekali gitu sekarang turn akak plak kena....


Yg sup ni gambar kat blog akak nih tapi resepinya bukan....

Yg nasi kabsa ni rasanya sama dengan yg akak sound tahun lepas sbb guna gambar kat blog akak tapi sama macam sup tu resepinya lain....tapi yg ni suda tukar la.. resepi dari blog ni juga....


Apecer.....redho jer la yer....tapi peringatan utk diri sendiri....nak amik gambar or  resepi org kena acknowledge.....adab mesti ada walaupun tak bersua muka....

Kuih ketayap aka kuih dadar bercorak

Atas permintaan kawan...nak tengok cara buat corak kat ketayap...

Ketayap aka kuih dadar aka kuih gulung

1 1/4 cawan tepung gandum.
1 3/4 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kegemaran

Satukan kecuali pewarna kedalam pengisar, adun sebati. Bahagi adunan dan masukkan pewarna pilihan. Kacau rata.

Isi 1 adunan berwarna ke dalam botol sos. Ble jer yg muncung satu atau dua atau tiga camni...


Panaskan pan. Oles dengan sedikit minyak. Gunakan api kecil. Picitkan adunan berwarna mgikut corak yg diingini. Biarkan seketika hingga adunan masak.

Kemudian tuangkan sesenduk adunan putih dan layangkan pan supaya adunan rata. 

Biarkan adunan masak setelah bahagian tepi kelihatan kering, bolehlah diangkat.

Ambil sesudu inti. Letakkan di hujung lempeng dan gulung.



Thursday, March 26, 2015

Nasi jagung

Cerita semalam. Saya hidangkan dengan garlic peri2 chicken dan fresh salad. Memang sesuai sangat kombinasi tu. Nasi jagung ni kalau nak lagi sedap guna jagung segar.....makam camtu jer pun sedap.

Nasi jagung

10 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit dan tos
2 senduk minyak sapi
10 ulas bawang merah - hiris
10 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
6 tangkai daun kari - lurutkan
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
1 paket jagung frozen atau 3 tungkul jagung fresh
1 tin susu cair + air = 12.5 cawan air
garam secukup rasa
pewarna kuning


Panaskan minyak sapi. Tumis bahan hiris dan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan daun kari.
Masukkan susu dan air serta garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras. Masak hingga air kering. Titiskan pewarna dan masukkan jagung (jangan kacau untuk dapatkan kesan warna yang lebih menarik). Kecilkan api dan tutup rapat penutup dan biarkan masak lebih kurang 10 minit. Tutup api dan biarkan 5 minit. Kareh nasi dan sedia dimakan. (Boleh tabur daun ketumbar dan bawang goreng jika suka)


Untuk ayam resepinya klik link dibawah yer :



Wednesday, March 25, 2015

SOFT BUTTER ROLLS (eggless)

Mlm ni tak cadang pun nak buat roti tapi anak minta nak makan roti krim....dalam malas2 tu bancuh gak la 2 adunan roti mentega lembut tanpa telur nih...



Try la resepi roti ni....Sumber saya dari http://treatntrick.blogspot.com. Doh roti ni agak lembik tapi jangan tambah tepung...saya minyakkan je tangan masa nak bentukkan doh...kejadiaannya Alhamdulillah memang lembut jadinya.



SOFT BUTTER ROLLS
Yield  :     12 rolls

2 1/2 cup all purpose flour (2 1/2 tepung gandum)
1 1/2 tablespoon sugar (1 1/2 sb gula)
1 1/2 tsp instant yeast (1 1/2 yis)
3 tablespoon softened butter (3 sb mentega)
2 tablespoon dry milk(2 sb susu tepung )
1 cup warm water(1 cawan air suam )
3/4 tsp salt( 3/4 sk garam)
1/2 sk baking powder(saya tambah )
extra butter for topping (xtra mentega untuk topping )


DIRECTION

In a large bowl, combine flour and instant yeast. (Satukan tepung, yis dan baking powder)

In a separate bowl, whisk together warm water, dry milk, salt, sugar and butter.(dalam mangkuk lain satu bahan2 selebihnya kecuali xtra mentega)

Gradually add wet ingredients to the flour 
mixture to form into soft dough by hand or a mixer.(satukan bahan basah ke dlm tepung sedikit2 sehingga memjadi doh yg lembut dengan mixer atau tangan).

Knead by hand for 10 minutes on floured board until elastic. If you are kneading in a stand mixer, it should take 5-7 minutes to obtain a smooth ball. (Uli dengan tangan selama 10 minit atau 5 -7 minit dengan mixer hingga menjadi doh yg licin.

Place the dough in a greased and covered bowl for 1.5 hours or until  it's doubled in size.
(Perap doh sehingga naik sekali ganda dalam bekas tertutup yg digris dgn minyak).


Lightly punch dough, divide into 12 equal portion.  (Tumbuk doh dan bahagi doh ikut citarasa). 

Shape each portion into smooth ball.
Place rolls into baking sheet, let rest for 45 minutes. (Bentukkan doh ikut citarasa dan susun dlm loyang atau cup dan biar doh naik seganda)

Towards the end or raising time preheat oven @ 190 C. Bake roll until golden for 15 minutes. Remove from oven, brush with melted butter.
Transfer onto rack to cool. (Bakar dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 190 C selama 15 minit. Keluarkan dari oven dan sapukan mentega. Sejukkan diatas rak)

Tuesday, March 24, 2015

Roti Bawang dan Sup Cendawan Berkrim


Roti manis
Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 susu tepung
5 gm garam
110 gm gula (cuma letak 60 gm saja sebab nak cicah sup)
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk

hiasan

Putih telur + 2 sb air/susu untuk sapu atas doh
Mayonis
hirisan bawang holland

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa. 


Bulatkan doh dan susun dalam cup. Biar doh naik seganda dan sapu susu segar/air ke atas doh. Picitkan mayonis dan susun bawang holland yang dipotong gelung. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C - 200°C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.


Kalau guna BM ikut arahan dalam manual doh asas. Untuk dapatkan hasil yg lebih baik, saya uli dulu selama 15  minit sebelum masukkan dlm BM dan uli ikut mode doh asas.




Sup cendawan berkrim

bahan

1 sb mentega
1 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
1 paket cendawan shitake (hiris)
1/2  paket cendawan butang (hiris)
2 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
3 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus dengan air rebusan)
1 liter susu segar
1 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang.

Moist Chocolate Muffins

Lama tak buat muffin....google2 jumpa resepi allrecipes.com nih. Sedap dan mudah nak buat.

Tak payah guna mixer pun...guna whisker jer. Satukan bahan kering dalam satu mangkuk kecuali 1/4 cawan chip....pastu dlm mangkuk lain satu dan adu rata bahan basah. Pastu satukan bahan dan adun rata...jgn lama2 sangat nanti muffin jadi keras. Tuang dlm cup dan tabur chip.

Pastu bakar suhu oven 200 celcius selama 15 - 20 minit.

Moist Chocolate Muffins

Ingredients

2 cups all-purpose flour (2 cawan tepung gandum)
1 cup white sugar (1 cawan gula)
3/4 cup chocolate chips(3/4  cawan chip coklat)
1/2 cup unsweetened cocoa powder(1/2 cawan serbuk koko)
1 teaspoon baking soda(1 sk baking soda)
1 teaspoon vanilla extract(1 sk esen vanilla)
1 egg (1 biji telur)
1 cup plain yogurt;(1 cawan yogurt)
1/2 cup milk (1/2 cawan susu)
1/2 cup vegetable oil (1/2 cawan minyak)
1/4 cup chocolate chips (1/4 cawan chip coklat)

Directions

1 h 35 mPreheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Grease 12 muffin cups or line with paper muffin liners.Combine flour, sugar, 3/4 cup chocolate chips, cocoa powder, and baking soda in a large bowl.

Whisk egg, yogurt, milk, and vegetable oil in another bowl until smooth; pour into chocolate mixture and stir until batter is just blended. Fill prepared muffin cups 3/4 full and sprinkle with remaining 1/4 cup chocolate chips.

Bake in preheated oven until a toothpick inserted into the center comes out clean, about 20 minutes. Cool in the pans for 10 minutes before removing to cool completely on a wire rack.All done! Now take a photo, rate it, and share your accomplishments!

Apam susu

Apam susu tengah viral kat tenet tu....ramai sungguh dah membuatnya dengan warna2 yg terang benderang....macam2 pesen....itu yang jadi tak sabar nak cuba.


bahan2nya

2 CAWAN TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
4 BIJI TELUR AYAM
1SB OVELLET
4 SB SUSU PEKAT MANIS
3/4 CAWAN GULA
3 SB MINYAK MASAK
PEWARNA

BLENDER/MIXER GULA, MNYAK, TELUR, SUSU & OVELLET HINGGA KEMBANG
MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN KAUP BALIK HINGGA SEBATI
ASING ADUNAN DALAM 2 @ 3 WARNA KESUKAAN
MASUKKAN ADUNAN DALAM LOYANG YANG DI GRIS DENGAN SEDIKIT MINYAK
KUKUS ADUNAN SELAMA 30 MINIT DENGAN API SEDERHANA.
SELAMAT MENCUBA


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Untuk yang tak suka telur boleh cuba resepi bawah ni....

Apam susu tanpa telur

5 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu tepung
1 paket mauripan
3 cawan susu cair/fresh milk
3 sb minyak
Pewarna
Satukan semua bahan dan perap dalam bekas kedap udara selama 45 minit. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus hingga masak (masa ikut saiz acuan masing2

Apam Susu Mudah & Sedap

Bhn2

2 1/4 cwn tpg gandum
1/2 cwn susu tepung
1/2 cwn gula
1/2 peket yis mauripan
1 1/2 cwn air suam
Sedikit esen pandan kalo suka.

Cara2....
Campur semua bahan... Kacau sebati... Biar seketika dalam 30 minit. Boleh letak warna yg ko suka...
Panaskan kukusan... Tuang dlm acuan kecil2... Kukus 10 - 15 minit..
Hidang bersama kelapa parut yg dikukus- gaul sedikit garam baru kukus...
Senangkan...


Saturday, March 21, 2015

Roti manis cicah shakshouka lagi...

Memenuhi permintaan hubby untuk mesyuarat ajk surau. Sebelum memenuhi 3 undangan hari ni sempat juga menyiapkan 4 kg roti yang diuli secara manual dan menggunakan BM. Saya guna resepi  roti manis juga cuma kurangkan gula kepada 70 gm jer....untuk hiasan guna egg wash dan bijan serta basil flake utk yg berbentuk bunga.


Nak cepat punya kes...buat sekuntum bunga reflessia....sedepuk beso....kang potong nipis jer la....hahaha..



Shakshouka menggunakan 17 biji telur.....ble bukak restoran camnih.....hehehe...

resepi di link ini 


Friday, March 20, 2015

Apam Balik/Apam P Pinang

Sarapan pagi dengan apam balik resepi Chef papajoh FB.



Apam Balik/Apam P Pinang.

Bahan2nya

4 cawan tepung - naik sendiri
2 sudu besar tepung jagong
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur
Secubit garam
1/4 sudu teh serbuk baking powder
1/4 sudu teh bicarbonate soda
500 ml krim santan di campurkan dengan 1 cawan air suam
Sedikit vanilla essence
Sedikit pewarna kunning telur


Bahan2 untuk inti nya

1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk halus
1 mangkuk jagung krim
1 mangkuk gula pasir

Cara2nya

Di mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. Gaulkan supaya sebati. Kemudian masukkan baking powder dan bicarbonate soda, kacau semua nya rata2, pecah dan masukkan dua biji telur. Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair, letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar. Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. Bila kuali nya sudah panas, letak secukup doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat.

(Tip - Untuk membuat yang tebal kecilkan api nya, biarkan doh nya masak secukup sebelum meletakan inti nya.)

Bila buih2 kelihatan tunggu hingga ia hampir kering. 



Api nya jangan terlalu tinggi, kemudian letakan krim jagung, kacang goreng dan gula pasir secukup. Inti jangan terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila hendak di lipat dua. 


Buat satu garisan ditengah bulatan lempeng anda, kemudian di hujung lempeng anda angkat dan lipatkan lempeng menjadi setengah. Kulit lempeng nya harus bewarna keemasan dan rata bersih. Untuk ia kelihatan bersih dan rata, jangan meletakan sebarang minyak atau mentega bila membakar lempeng anda. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...