Friday, February 27, 2015

Sup tulang


Menu all in one....bila hari kerja camni saya cuma masak 1 menu jer untuk makan tengahari. Sebab kesuntukan masa. Bagusnya menu2 camni, sayur, lauk dan kuah dlm satu periuk.....

Biasanya kalau beli tulang lembu saya selalu pilih bahagian tengkuk sebab dagingnya lebih lebih dan banyak berbanding bahagian lain. Memang la masak sup tulang tapi kalau takde isi camna nak makan......huhuhu.

Sup ni saya tak letak cili atau lada hitam......tu yang kena sediakan sambal kicap.....kalau takde rasa pedas nanti tak puas lak makan...


Sup tulang zulfaza

1 kg tulang
200 gm daging (bahagian keting)

Rebus hingga empuk


Tumis bahan di bawah hingga naik bau dan keperangan dan masukkan dlm periuk sup 

2 biji bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang putih hiris nipis
2 inci halia hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

Masukkan dan renihkan hingga kentang dan lobak empuk.

3 biji kentang dibelah 4
1 batang lobak merah potong memanjang
garam secukup rasa

akhir sekali masukkan bahan di bawah dan masakkan selama 2 minit.

3 batang celery potong 2 inci
2 biji tomato belah 4

Hidang bersama sambal kicap

1/2 labu bawang putih
2 genggam cili padi
1/2 cawan kicap pekat
perahan limau secukup rasa

Panaskan minyak. Masukkan cili dan bawang putih.....tutup kuali. Goreng  hingga layu. Tutup api sebelum buka penutup. (Pastikan kuali ditutup ketika menggoreng kerana cili akan meletup.) Kisar bersama 1/2 cawan kicap + jus limau hingga lumat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...