Sunday, February 1, 2015

Sago gula melaka

Bila duduk2 kat rumah ni macam2 terasa nak makan.....jengah sana sini tengok bahan yang ada....maka petang ni terhasillah sago gula melaka ni....tak sempat sejuk dan kental,  anak asyik tanya bila boleh makan....ermmmm... makan jer la nak oiii.....dah boleh makan tu...

Bahan2nya

2 cawan santan pekat (dinginkan)
1 cawan air gula melaka (gula melaka dimasak dengan air dan daun pandan simpul) - dinginkan

200 gm sagu
2 liter air

CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago. 

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran atau bekas besar. Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 

Untuk menikmatinya, keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan  dan curah air gula melaka secukupnya atas sago.........sedap dimakan sejuk...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...