Tuesday, February 10, 2015

Roti manis inti kelapa

Meroti hari ni utk sarapan besok pagi...Buat dua jenis...roti burger charcoal dan roti inti kelapa....



Bahan2nya

500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar (kali ni saya guna 100ml susu jer)
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
Sosej secukupnya (celur terlebih dahulu)
Sos cili, mayonis dan keju parut secukupnya

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa.

Bulat2kan inti. Balut inti dengan doh dan bentukkan ikut citarasa.
Susun dalam loyang. Biarkan naik 2 X ganda.  Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.

Inti kelapa

Sebiji kelapa muda parut
Gula melaka
1 cawan air + 2 sk tepung jagung
1 sk garam
Daun pandan disimpul

Satukan dalam kuali dan masak semuanya hingga berkilat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...