Friday, February 27, 2015

Penyaram a.k.a cucur jawa a.k.a topi mexico lembut

Penyaram a.k.a cucur jawa lembut walaupun pada keesokan harinya. Saya rasa resepi paling lembut hasilnya.... Saya perap dua jam saja sebab nak bekalkan anak sekolah petang.

Sumber resepi saya fb group resepi kita.


Kuih ni jadi bersarang2 di dalamnya.

Penyaram a.k.a cucur jawa lembut a.k.a topi mexico

Bhn2:

500 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
650 ml air ( 200 ml air panas dan 450 ml air sejuk biasa )
3/4 sk garam 
500 gm gula apong + gula merah (saya guna 400 gm gula apong dan 100 gm gula merah)
Minyak masak secukupnya

Cara2nya

Dlm bekas satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula dgn 200 ml air panas (boleh juga dimasak seketika utk mcairkan gula). Apabila gula cair, blh lah tambahkan air selebihnya. Tuang air tadi ke dalam adunan tepung dan kacau guna hand whisk hingga sebati, masukkan garam kacau lagi sebati. (Saya kisar dengan blender bagi mendapatkan adunan yg tidak berketul)

Perap semalaman. Panaskan 1 cwn minyak masak (guna api perlahan). Ambil sesenduk kecil dan tuang ditgh2 kuali. Biarkan ia masak dsri tepi hingga ke tgh barulah diterbalikkan, toskan minyak. Kuih ni memang digoreng satu persatu. Slmt mcuba.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...