Wednesday, February 25, 2015

Cornflake susu (cornflake madu)

Misi menghabiskan cornflake. Time ni musim diorg taknak makan cereal....terbiar jer takde sapa yg sudi....daripada terbiar rosak, lebih baik ummi buatkan cornflake madu bersusu ni sambil reka resepi baru ni....hehehe.
Sedap juga cornflake susu ni.....ada rasa lemak2....lain kali nak try buat tanpa madu plak.....nak buat susu + mentega + gula jer...
Bahan A 
125 gm mentega
1/4 cwn gula perang/putih
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan madu

Bahan B 
500 gm bijirin cornflakes @ lain2
1 cwn kismis (jika suka)
1 cwn badam cincang panggang/gajus (jika suka)
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil (saya taburkan dengan manik hundred thousand jer)
Panaskan bahan A sehingga mentega dan gula cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...