Wednesday, January 7, 2015

Roti sosej

Melayan permintaan anak2....dah lama sgt request nak makan sosej......tadaaaaaa...ini dia sosej dlm roti....hehehe...

Roti sosej

Bahan2nya

500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)

60 gm gula 
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket

Sosej secukupnya (celur terlebih dahulu)

Bijan secukupnya

Sedikit 1 sb putih telur + 1 sb susu untuk sapuan.

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Balut sosej dengan doh, susun dalam loyang. Biarkan naik 2 X ganda. Sapu dengan campuran telur dan susu, tabur bijan. Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...