Saturday, January 10, 2015

Roti sosej pesen lain ler pulak

Memenuhi permintaan anak2 lagi untuk bekal kelas berenang...

Roti sosej pintal

Bahan2nya

500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
Sosej secukupnya (celur terlebih dahulu)
Sos cili, mayonis dan keju parut secukupnya

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Balut sosej dengan doh,  potong nipis dan pintal, susun dalam loyang. Tuang sos, mayonis dan keju. Biarkan naik 2 X ganda.  Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...