Sunday, January 25, 2015

Roti mentega dan roti sosej untuk sarapan pagi

Dos asas roti yogurt

Bahan2nya

500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
Sosej secukupnya (celur terlebih dahulu)
Sos cili, mayonis dan hirisan bawang secukupnya

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Bentuk doh membujur, belah dua sosej, letakkan atas doh, susun dalam loyang. Tuang sos, mayonis dan hias bawang.Biarkan naik 2 X ganda.

Untuk roti mentega.... kepalkan inti. Ambil doh, leperkan dan isi inti dan bulatkan. Susun atas loyang dan gunting atasnya. Biarkan naik dua kali ganda. Letakkan mentega di atas keratan tadi dan tabur gula.   

Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.

Inti mentega untuk roti mentega

- 100gm pure mentega
- 100gm gula 
-100gm susu tepung
-100gm tepung gandum

Gaul rata
Tak perlu masak
Boleh terus guna
Tak habis guna boleh simpan dalam peti ais


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...