Tuesday, January 20, 2015

Roti jala cicah kuah durian

Menu sarapan pagi ni menggantikan menu asal, lontong. Mlm tadi badan tak berapa sihat, jadi tak sempat nak siapkan bahan untuk lontong.....

Resepi roti jala

Roti jala 

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
1 sb minyak (optional)
Garam
Pewarna makanan (optional)

Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.

Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.
Jalakan adunan. 

Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti.....

Resepi kuah durian
Kuah durian

3 cawan isi durian
3 cawan santan
1 sb tepung gandum (bancuh ngan 1/4 cawan air) - optional utk dapatkan kuah yg lebih pekat
1 helai daun pandan disimpul
gula dan garam secukup rasa

Satukan semua dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...