Monday, January 19, 2015

Pavlova

Impian akhirnya jadi nya.....orang dah makan sampai muak kot....saya baru nak cuba....saya pernah makan dan kurang gemar rasanya masa tu, lepas tu saya tak suka buat meringue......itula sebabnya asyik tangguh jer...


Resepi daripada ita masam manis ni dah bertahun juga saya perap kat draft.....ptg ni terzahir jua....


Resepi Pavlova

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

*****Tips memukul putih telur

Pastikan tiada sedikit pun telur kuning. Pastikan bekas bersih dari sebarang gris atau minyakSebelum memasukkan putih telur ke dalam mixer, sapukan sedikit cuka masakan pada bekas mixer supaya semua lemak atau bahan gris terhapus.

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Masuk tepung jagung, esen vanila dan cuka sedikit2 ke dalam adunan meringue dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Bentukla ikut kreativiti.....saya cuma tuangkan atas baking paper dan guna spatula utk rata2kan skit......kalau nak guna nozel dan masukkan dlm piping bag pun boleh...


*Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Offkan oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Hidangkan bersama whipping cream dan buah2an segar.


Kalau nak try Chocolate Pavlova resepinya kat bawah ni yer....

Recipe:

 6 large (180 grams) egg whites, room temperature
1/4 teaspoon cream of tartar
1 1/4 cups (250 grams) superfine (castor) sugar
1 teaspoon white vinegar
1 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon cornstarch (corn flour)
3 tablespoons (20 grams) Dutch processed cocoa powder
2 ounces (55 grams) semi-sweet or bittersweet chocolate, chopped

Topping: 1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon (14 grams) granulated white sugar
 Fresh Fruit - raspberries, blackberries, strawberries, and kiwi fruit are some good choices


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...