Monday, January 19, 2015

Nasi mandhi kambing

Menu lunch ini hari.....follow resepi lydia honey....ikut kata lydia reaepi ni paling authentic....tu yang tak sabar nak try....sanggup subuh2 kitab tu keluar depan rumah amik bay leaf....dan arang...


********************************

Bahan-bahan untuk Mandhi Daging:- 

500g daging/kambing-potong besar/ikut suka dan di cuci bersih 
1/2cmt ketumbar biji
1/2cmt jintan manis 
1/2cmt lada hitam biji
1/2cmt all spices 
1 biji bawang besar-belah 4 
1-2 helai daun bay
1inci halia ketuk sedikit

1 ulas bawang putih diketuk
Garam 
air untuk merebus

Cara penyediaan:- 

1. Rebuskan daging dengan kesemua bahan di atas hingga empuk dan lembut, bergantung padpada daging anda tu. kalau nak cepat masukkan ke dalam presure cooker jer..
2. Bila daging dah empuk, keluarkan daging, tapis air rebusan dan ketepikan. 

Nasi Mandhi 

Bahan-bahanya:-

4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan 
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)
10-12 cawan air/ stok ayam/daging 
1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe)

Rempah tumis:-

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih 
Garam secukup rasa. 

Cara penyediaan nasi: 

1. Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih. 

2. Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul... 

3.Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.

4. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau +1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!

NOTE:- Kelainan nasi ni terletak pada aroma asap..Saya dah mencuba beberapa resepi yang ada kat beberapa Blog yang lain tetapi rasanya agak berbeza dari apa yang saya makan so terpulang pada selera masing- masinglah nak menilaikan ikut tekak sendiri kan ...


Nasi mandhi ayam

Bahan-bahan ( 2 orang )

1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 

1/2cmt ketumbar - biji

1/2cmt jintan manis - biji

1/2cmt lada hitam - biji

1-2 helai daun bay

1cmt all spices

1 biji bawang besar ~ belah 4

1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit

Bahan Untuk Nasi :-

4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan

3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)

10-12 cawan air/ stok ayam/daging

1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe)

Rempah tumis:-

1 batang kulit kayu manis

3-4 biji buah pelaga

1 kuntum bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon tak per (saya tak letak)

Garam secukup rasa.

Bahan lain:-1-2 cmb minyak masakSeketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..)aluminium foil

Cara-caraPenyediaan Ayam :- 

1. Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.

Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.

Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.

Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

Hidangkan dengan salasa tomato dan salad (jarjir/salad/lemon/kubis/carrot, timun, dan bawang holland.

Blend 1 - 2 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar + 1 pokok ketumbar (kalu nak pedas letak la cili api). Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum hidang),



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...