Wednesday, January 21, 2015

Muffin coklat

Ni balik ofis semlm punya cerita...resepinya saya cilok dari azie kitchen. Buat dua bancuhan utk bawak ke tadika sempena besday anak....adalah 39 ketul. Letak la candle huruf happy birthday tu.....masa antar ke sekolah dengar la anak bagitau kat ustaz, dalam ada lilin tapi tak boleh pasang api tau....ingat, tak boleh pasang api tau....hehehe... Diorg balik sekolah tadi call rmh anak bagitau muffin tak cukup....heeeeee...kesian pulak...ermmmmm takpe la...lain kali kita bawak lagi yer...


 
Muffin Coklat 

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. (Saya bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.)
  
 Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman
 
Cara cara freeze muffin

Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:
1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...