Tuesday, January 6, 2015

Meroti lagi.....roti sarang lebah

Malam ni meroti lagi sambil tunggu ayam defrost. Uli guna BM jadi senang...dah timbang2, tekan switch dan tunggu 1 1/2 jam. Keluarkan, tumbuk keluarkan angin dan bentukkan ikut suka hati kita. Rasa seronok bila roti menggebu....guna resepi roti yogurt dan sos karamelnya saya tuang bila nak makan jer...supaya tak kembang rotinya.....yg bulat tu cadang nak bekalkan hubby yang nak pegi ikut misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di pantai timur...

Untuk roti saya guna resepi dari link ini.... http://zulfadreamland.blogspot.com/2015/01/roti-yogurt.html dan untuk butterscotchnya saya buat simple jer guna resepi ini.... 2 sb mentega, 1/2 cawan organic molasses sugar (boleh ganti dengan gula perang), 1 cawan thick cream atau 1 cawan susu segar/susu cair), garam sikit....masak semuanya hingga gula  dan mentega cair dan sedikit pekat.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...