Sunday, January 25, 2015

Kek oren sunquick

Kek ni sangat mudah...boleh pilih cara kukus atau bakar....saya buat cara bakar sebab malas nak keluarkan pengukus. Aromanya harum sungguh. Saya tabur pulak dengan butterscotch chips.....pastu hias pulak dengan coklat topping lebih hias muffin aritu...


Resepi kek oren sunquick

Kisar

1 cawan minyak
3/4 cawan gula
1/2 cawan sunquick
3 biji telur

Ayak

2 cawan tepung
1 sk baking powder

Satukan adunan dan kacau menggunakan spatula.
Bakar pada suhu 160°C selama 45 minit - 1 jam.
Atau kukus selama 40 minit.

(Loyang saiz 7 × 7)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...