Thursday, January 22, 2015

Daging black pepper

Saya ni jarang masak lauk berasaskan daging nih....tapi sesekali kena jugak  tukar selera sikit....lama dah tak pekena daging black pepper nih....saya letak sikit jer black peppernya supaya tak pedas sangat...

Daging black pepper

1 kilo daging
 5 ulas bawang merah
3 inci halia
6 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
3 sb Lada hitam ditumbuk (jgn terlalu hancur)
8 sb sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak
---------
Goreng ayam/daging dengan sedikit minyak. Jgn sampai terlalu garing/kering. 

Angkat dan ketepikan. 

Tumbuk bwg merah, halia dan bawang putih hingga lumat. 

Tumiskan bahan2 yg ditumbuk dengan minyak menggoreng ayam/daging tadi hingga naik bau.

Masukkan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan ayam/daging. Masak hingga empuk.

Masukkan bawang besar dan lada hitam, kacau sekejap hingga bawang agak2 layu sedikit dan angkat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...