Wednesday, January 7, 2015

Cucur udang kering menu minum petang dipetang yg dingin

Arini tak masak nasi....brunch dengan spagetthi, pastu buatkan budak2 tu roti sosej. Petang....ini lah pilihannya....cucur udang kering campur dengan daun bawang yang diambil dari laman depan.


Bahan2nya

Secekak daun bawang dihiris kecil
Segenggam udang kering, basuh, tos dan tumbuk lumat
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih
1 sk garam

Satukan daun bawang, tepung, garam dan udang kering. Gaul rata. Masukkan air panas dan kacau sebati dengan senduk. Biarkan sejuk skit sebelum jemputkan sedikit adunan dengan tangan yg dibasahkn dengan air. Bulatkan dan goreng dengan minyak panas (api sederhana) hingga keperangan.


 Ini la hasilnya yg diambil dari ladang sekangkang kera saya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...