Tuesday, December 16, 2014

Ikan masak asam jawa

Ini salah satu lauk feberet saya. Kuahnya ada rasa masam manis....sedap...

Ikan masak asam jawa

Bahan 2


5 ekor ikn kerisi [boleh gunakan ikan lain seperti selar/kembung/bawal]

2 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..5 s/b cuka + 2 cawan air] 

1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu] 

1 biji tomato buah [belah 4] 

minyak 

garam

Saya tambah gula


Bahan Hiris

3 ulas bawang kecil 

2 ulas bawang putih 

1 inci halia 

1 biji cili hijau/cili padi

1 biji cili merah 

1 labu bawang besar 

Cara

1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dengan kunyit & garam 
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan. 
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit. 
5. Bila dah mendidih masukkan ikan, garam, gula, kacau sebati dan tutupkan api. 
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...