Tuesday, October 21, 2014

Sup dalam roti

Sarapan pagi ini.....atas permintaan anakanda....roti buat mlm tadi...sup tu kalau malas nak buat beli yang dah siap pun ok jer hehehe....kalau nak makan dengan sup pekat mamak pun sedap juga....

Untuk doh roti

Bahan-bahan ( 2 biji roti )

Untuk roti.

170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan)
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera

*semua sukatan di paras

Cara-cara

Cara buat roti. Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh.Boleh juga diuli dengan tangan Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 2.

Setiap bahagian lebih kurang 200 gm. Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin. Biar doh naik selama 40 minit. Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.

Bentukkan jadi bulat semula,bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat.

Untuk sup krim ayam.

1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam dicincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs,lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara menyediakan sup krim ayam.

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang,tunggu hingga ayam masak.Masukkan Italian mixed herb,lada sulah dan garam.Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung.

Masak hingga mendidih.Tutup api.

Blend dalam blender.Tuang sup ke dalam roti.Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas.Hidangkan segera.

Kalau tak nak sup ayam, boleh la tuangkkan sup cendawan berkrim.....atau sup pekat mamak..


Potong bahagian atas roti dengan pisau. Korek bahagian dalam roti.

Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...