Sunday, October 12, 2014

Sambal goreng hubby ku sayang

Sambal goreng jawa ni encik hubby yg masak....sedap wooo....tak percaya....percaya la....tak tipu langsung....tambahan pulak kita jadi tukang makan jer...nikmatnya lain...


Sambal goreng jawa

5 keping tauhu potong kecil - goreng dan toskan

2 keping tempe (ikut saiz tempe) potong kecil - goreng dan toskan (kali ni tempe saya byk...habiskan sume stok yg ada sebelum rosak)


1 biji kentang (saiz besar) potong kecil - goreng dan toskan


2 genggam ikan bilis basuh dan toskan - goreng dan toskan

4 sb cili boh (kuantitinya ikut la nak pedas mana)

Fucuk (kulit tauhu kering tu)  - rendam hingga lembut - potong kecil

Suun secukupnya (saya guna dua pack) - potong pendekkan skit

Bawang besar dipotong bulat
3 sb kicap pekat (nak gelap lagi tambah kicap)
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
* 5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

________________
Tumbuk/kisar lumat *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, sos dan kacau rata. Perisakan dengan garam.
Masukkan suun dan fucuk, kacau hingga rata dan suun dan fucuk lembut.
Masukkan bahan2 lain kecuali bawang dan bilis. Kacau hingga sebati dan sehingga kelihatan kering supaya tahan lama. Sebelum tutup api masukkan bawang besar dan bilis goreng. Kacau seketika dan tutup api. Hidangkan. 

Sebahagian sambal saya sejukkan dan simpan dalam bekas kecil dan masukkan ke dlm freezer atau fridge untuk tahan lama. Bila nak makan defrost dan panaskan di dalam kuali.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...