Wednesday, October 29, 2014

Kuih BOM


Kuih bom ubi keledek.....ada yang buat guna tepung pulut....tapi saya suka yg guna keledek sebab lembut. Buat ni sebab nak habiskan inti kelapa hijau yang dibuat untuk kuih koci pulut hitam....

Doh keledek

3 biji keledek saiz besar - kupas, potong kecil dan dikukus hingga empuk, lenyek

(Saya lebih suka mengukus keledek berbanding merebus dlm penyediaan kuih muih kerana ia kurang berair dan hanya perlu menambah tepung yg sedikit. Tepung yg terlalu banyak akan menyebabkan kuih muih kita jadi liat dan kurang enak)

2 cawan tepung gandum
garam secukupnya

satukan semua bahan dan uli sebati hingga jadi doh yg lembut.

Inti

1/2 biji kelapa parut
gula kabung/merah atau gula putih ikut citarasa memasing (kalau guna gula putih boleh la letak perisa dan pewarna lain)
sedikit garam
1/4 cawan air
2 sb tepung gandum
Daun pandan disimpul

Satukan semua bahan di dalam kuali kecuali tepung. (saya sula guna kuali...senang nak kacau)
Masak hingga gula hancur dan inti agak kering dan berkilat. Kacau selalu bg mengelakkan inti hamgus. Taburkan tepung gandum dan kacau seketika untuk memasakkan tepung tersebut. (Tepung ni supaya inti tidak berair dan senang dibulatkan.

Bijan secukupnya


Cara2 penyediaan kuih bom

ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan inti yg telah dibulat2kan sebesar guli. Tutup inti dengan doh dan bulatkan. Gelekkan doh dengan bijan hingga menutupi keseluruhan doh. Buat hingga selesai. Susun kuih yg telah siap di dalam bekas kedap udara dan simpan didalam freezer atau goreng kuih hingga keperangan dengan api sederhana.

(saya bekukan kuih untuk stok kuih sarapan atau minum petang)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...