Saturday, November 1, 2014

Kerabu Pucuk Paku Cara Kelantan


Biasa makan kerabu pucuk paku dengan kerisik dan kerang....hari ni try pulak yg cara kelantan ni...guna isi ikan rebus dan santan.

Resepi saya jumpa kat http://www.jaakechik.com/2014/07/kerabu-pucuk-paku-cara-kelantan.html?m=1.

Bahan-Bahan Kerabu Pucuk Paku

2 Ikat Pucuk Paku
1-2 Ekor Ikan Rebus
3 Biji Bawang Merah
1 Biji Bawang Besar
10 Biji Lada Hitam
5 Biji Cili Padi
3-4 Sudu Kelapa Goreng 
1 Biji Asam Limau Nipis
1/2 Cawan Santan Pekat

1. Celur pucuk paku - Potong pendek-pendek. bersihkan. kemudian celur. tips, pucuk paku maintain kaler hijau selepas celur ialah, biarkan air mendidih dahulu, baru masukkan pucuk paku. pastu buh minyak masak 1 sudu. comfirm hijau cantekkkk jer dia....!!!

2. Tumbuk Bahan Ini - 10 biji lada hitam, 3 biji bawang merah, 1 ekor ikan selayang atau kembung yang di rebus (aku guna 1 ekor je untuk 2 ikat pucuk paku). aku tumbuk bahan tu sekaligus. kemudian tumbuk pulak sedikit kelapa goreng. letak atas pucuk paku.

3. Bubuh Bahan Ini - Hiris bawang besar dan cili padi. pastu masukkan santan pekat. aku masakkan dulu santan tu bersama sedikit air panas. masak sekejap aje. (sekali gelegak!). dalam santan tu, masukkan garam, gula dan ajino terus.

4. Kemudian Gaul - Gaul kesemua bahan-bahan tadi dalam 1 bekas biar rata kesemuanya sekali. pastu, perahkan 1 biji asam limau nipis. gaul lagi, biar mesra! pastu sila adjust rasa dia biar secukup rasa. Ok dah siap

Pucuk paku ni saya beli di pasar tanjung malim....daunnya muda2 lagi....

Saya guna ikan mabung....sekor jer dah cukup banyak isinya....

Cili padi amik dari halaman rumah jer...

Dah siap gaul.....ready to eat....sedap makan camtu jer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...