Thursday, October 23, 2014

Kek pisang berangan lagi

Kali ni gantikan coklat rice dengan chips pulak...

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
400 gram pisang berangan lecek (lebih kurang 8 biji)
3/4 cawan gula pasir (saya guna 1 cawan gula perang)
1 cawan minyak canola (minyak jagung / minyak kelapa sawit / mentega cair - ikut citarasa masing-masing)
4 biji telur gred B (kalau gred A  atau double A gunakan 3 biji pun cukup)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Saya tambah 1/2 cawan coklat chips
secubit garam

Cara:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.

3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.

4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.

5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.

6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.

7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.

8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...