Wednesday, October 22, 2014

Kek Pisang Berangan Gebu

Malam ni membaking la pulak. Pagi tadi pegi pasar beli pisang berangan dua sikat. Teringat kat atuk....dia kata kek lain dah tak suka makan tambah2 kek coklat...pahit katanya...kek pisang jer dia suka.....aritu buat kek kurma pun atuk suka makan....kesimpulannya selera atuk dah banyak berubah....dah banyak benda yang atuk tak suka.

Resepi Kek Pisang Berangan Gebu ni saya cnp dari Amie's Little Kitchen. Tapi saya olah ikut citarasa. Caranya pun tak follow cara amie....saya guna whisker dan pukul telur, gula, garam dan pisang sampai sebati dan gula hancur. Lepas tu saya masukkan minyak masak dan sebatikan aje. Tepung saya ayak dengan baking powder dan bikarbonat. Pastu satukan dengan coklat rice, gaul rata. Saya malas nak keluarkan mixer....

Kek ni jadinya memang gebu walau pun tak pukul pakai mixer.......tak sampai 15 minit mengadunnya......macam selalu, tak tunggu sejuk terus potong....garing2 lagi rasanya..sedap tak manis sangat...

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
400 gram pisang berangan lecek (lebih kurang 8 biji)
3/4 cawan gula pasir (saya guna 1 cawan gula perang)
1 cawan minyak canola (minyak jagung / minyak kelapa sawit / mentega cair - ikut citarasa masing-masing)
4 biji telur gred B (kalau gred A  atau double A gunakan 3 biji pun cukup)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Saya tambah 1/2 cawan coklat rice
secubit garam

Cara:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.

3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.

4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.

5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.

6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.

7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.

8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...