Wednesday, October 8, 2014

Kek mentega tanpa telur

Malam ni nak buat kek untuk dibawa ke kelas kafa anak2....diorg ada jamuan....bila balik dari hantar anak mengaji kakak bagitau telur dah tinggal sikit...tak cukup untuk buat kek....

Jenuh juga fikir apa benda yang nak dimasak menggantikan kek......sekali gitu saja google2 kat tenet cari resepi kek mentega tanpa telur..... tu jumpa la resepi kak fida kat myresepi...nampak mcm ok...

Saya buat dua adunan sebab satu adunan tu sikit sgt pulak....pastu memandang yg nak makan nanti budak2 saya corakkan kek mentega ni macam kek alunan kasih....berwarna warni dan beralun2 gitu...

Kejadiaan kek ni boleh tahan cantiknya....tapi ada masalah sikit....saiz loyang terlalu kecil dan kek tu naik tinggi sgt....dlmnya masih lembik tapi atasnya dah agak gelap....jadi saya terpaksa tambah masa membakar dan tukar api bawah jer....

Tetiba kek tu mendap kat tengah....haahhhh sudah.....haru biru jadinya....dah tak sempat nak buat benda lain pun.... Nak buat macsm manakan...biarkan aje la sampai masak betul..

Kuar jer dari oven saya terus terbalikkan atas redai....tak perasan kak fida suruh tunggu 15 minit....pastu terus potong sbb tak sabar nak tau rasanya....

Alhamdulillah...rasa ok cuma sedikit kering sebab tempoh bakar lama sangat......tapi tu la...tak berapa nak cantik kejadiaannya ......tengok la esok pagi kalau dah sejuk kot2 elok jer boleh la anak bawa gi kafa....kalau tidak makan kat rumah jer lar...

*Update pagi ni*

Ok gak...bila dah sejuk potong semua masak elok walau pun atasnya gelap sikit....boleh la diorg bawak ke kafa...

Kek mentega alunan kasih (tanpa telur)

Bahan2nya

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc )

225 g tepung gandum* - (2 cwn rata)
1 sb baking powder*
175 g mentega - (3/4 buku)
1 sb madu
1 sk esen vanilla
125 g gula halus
150 ml susu segar - (10 sb)

Cara-cara

Ayak bahan bertanda*.Dalam mangkuk mixer,pukul mentega,madu dan esen hingga sebati.

Masukkan gula dan pukul terus hingga kembang.

Masukkan susu berselang-seli dgn campuran tepung dan pukul terus hingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan di gris,ratakan adunan dan bakar hingga masak pd suhu 170C selama 25-30 min atau hingga keperangan.

Biarkan kek didalam loyang selama 15 min.

Balikkan kek atas redai kek untuk disejukkan

Siap untuk disajikan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Cara saya untuk mendapat corak alunan kasi

Adunan di bahagikan kepada 3 bahagian dan diwarnakan ikut citarasa.

Masukkan bahagian pertama ke dalam loyang dan ratakan. Masukkan serbuk koko ke dalam penapis.....ratakan serbuk koko di atas lapisan pertama. Masukkan lapisan kedua dan ulang proses hingga selesai. Lapisan terakhir tak perlu tabur serbuk koko di atasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...