Wednesday, October 22, 2014

Botok udang

Botok2 ni kalau di bakar pun enak juga kata hubby...
Botok udang ni masakan encik hubby, saya cuma tolong bungkus jer

*1 /2 kg udang kecil kulit putih - tak perlu buang kulit 
*6 batang kunci
*5 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih (optional)
*1 ketul kecil kunyit hidup
*10 biji cili padi ( terpulang nak pedas mana atau tak letak langsung pun ok)
*4 sb kelapa parut (seelok2nya kelapa muda)
*Garam dan gula secukup rasa
sebiji telur

Daun pisang secukupnya - layukan
Stepler/lidi


Ini la temu kunci atau kunci. Cari kat pasar orang yang jual sayur kampung atau yang jual cekur dan kunyit hidup.

Kisar tanpa air * sehingga lumat. Masukkan telur dan gaul  hingga sebati. Telur jangan dikisar nanti botok ni jadi gebu macam kek pulak.


Ambil sesudu dan balut dalam daun pisang....buat macam balut tapai tu...pastu steple atau guna lidi untuk lekatkan daun tu.....

kalau rasa susah buat cam lepat pun boleh lerrrr......


Buat sampai habis pastu kukus selama 15 - 20 minit...

Dah masak hidangkan bersama2 nasi dan lauk pauk lain...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...