Sunday, October 12, 2014

Ayam Masak Merah


Alhamdulillah lauk untuk sarapan dan lunch besok dah siap masak. Begini la caranya bila isteri2 bekerja. Subuh esok tinggal nak masak nasi jer...kurang la kelam kabut pagi2 buta tu...sempat la nanti buatkan kuih-muih skit.

Resepi ni saya olah daripada Azie Kitchen.

Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.

2 sudu besar sos cili
60 ml santan pekat
250 ml air 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa 
Minyak utk menumis
Kacang peas dlm tin 

Bawang merah, bawang putih dan halia ni lebihan rewang di surau semasa majlis korban aritu. Untuk mengelakkan pembaziran en hubby kisar dengan minyak masak menjadi paste. Jangan gunakan air sebab nanti tak tahan lama dan baunya akan berubah.

Bahan bahan kisar halus:

4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan tumis:

3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland

5 ulas bawang putih

2 cm halia - hiris jadi 3 keping

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

5 kuntum buah pelaga (saya tambah)

Cara cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis dan tumis sampai layu. 

Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata. Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan buah tomato. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.

Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...