Monday, September 1, 2014

Roasted Mutton shank/peha kambing bakar

Lunch cum dinner....tadi pagi masak bihun pastu buat bubur merah putih pastu bakar mutton...ermmmmmm. Nikmat betul....alhamdulillah.
Bahan2nya mudah jer.

1 bahagian paha kambing
4 biji kentang us (potong wages)
2 batang karot (potong wages)
tomato ceri
cendawan butang belah 2

Langkah 1

untuk perap (nak sedap perap semalaman)

2 sk arabic 7 spices (ikut saiz kambing dan jumlah kentang)
( spice ni boleh beli kat kedai yg jual barangan timur tengah atau boleh buat sendiri guna resepi yg saya pernah share kat blog ni)
2 sk dried garlic pasley(ini saya beli kat giant)

Lumurkan kedua2 bahan pada kambing dan kentang/karot
ketepikan 2 jam atau lebih

Masukkan bahan2 ke dalam dulang, tutup dengan foil. Bakar pada suhu 180 - 200 C selama 1 jam.

Langkah 2

Keluarkan dari oven.
Lumurkan dengan sos homemade bbq, tutup dengan foil dan bakar lagi selama 45 - sejam.

Langkah 3

Keluarkan dari oven dan buka foil. Taburkan ceri dan cendawan butang. Bakar semula selama 10 - 15 minit sebelum dinikmati atau dihidang bersama hidangan sampingan lain....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...