Monday, September 8, 2014

Resepi Muffin Vanilla ala Kenny Rogers

Resepi Muffin Vanilla ala Kenny Rogers
Fb Kelas Bakeri. Senang dan cepat nak buat.....sesuai disediakan yntuk minum petang....15 minit untuk mengadun, sambil adun panaskan oven. 20 minit lagi untuk bakar...

Saya ubah suai skit resepi ni, untuk susu saya guna susu perisa oren dan gulanya saya kurangkan jadi setengah cawan jer sbb susu oren tu dah manis.

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
3/4 cawan gula castor (saya guna 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu, full cream (saya guna susu perisa oren)
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur, saiz besar (telur saya saiz C jadi saya guna 1 biji telur + 1 biji kuning telur)
1/2 cawan butter, cairkan
hirisan kacang badam untuk hiasan (tak letak pun)

Cara Penyediaan:

-Panaskan oven kepada 180 degree celcius
-Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
-Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
-Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.

Tips: Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

Selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...