Thursday, September 11, 2014

Minestrone soup

Apa ke benda Minestrone Soup nih.....sebelum share resepi ni mari kita tengok sat apa ke maksudnya.....

Orang putih kata lagu nih....

"Minestrone is a thick soup of Italian origin made with vegetables, often with the addition of pasta or rice.…"

Orang melayu pula kata minstrone ni sup pekat yang berasal dari itali yang dibuat dengan campuran sayuran dan ditambah nasi atau pasta.....

Kuahnya ni jadi pekat sebab kita rebus pasta dalam tu sekali....selalu bila rebus pasta, air rebusan yg berkanji tu kita buang....

Bila dah google2 dua tiga resepi saya pun masak la sup ni mengikut bahan dan cara di bawah...

Bahan2nya
(sepatutnya letak kekacang dalam tin eg...kidney bean, green bean, white bean, chick peas (kacang kuda) - saya tak letak sebab takde stok - ada resepi yang hancurkan, ada yang tak)
3 batang celery dipotong kecil
1 batang karot didadu
3 biji kentang didadu
Satu pekat cendawan butang segar dihiris nipis
(Boleh letak zucchini dan fresh spinach)
Daun pasley segar dihiris nipis (takde stok, guna 1/2 sk pasley kering)
Daun basil segar diambil daunnya(dah malam malas nak ke kebun jadi guna 1/2 sk basil kering)
1/2 sk oregano
10 biji tomato didadu
3 sb tomato puree 
1 sk serbuk lada hitam (tumbuk sendiri biji lada hitam untuk lebih sedap)
200 gm Pasta shell atau apa2 pun ok
1 paket bebola daging (saya guna jenama marina)
Garam dan gula secukup rasa

Minyak zaitun untuk menumis
2 biji bawang holang didadu
4 ulas bawang putih dicincang

Tabur
Parmesan cheese

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan bebola daging, kentang dan karot.  Tumis seketika hingga kentang separa empuk. Tambah tomato dan air. Masakkan hingga tomato hancur.
Masukkan bahan2 lain. Tambah air jika perlu untuk kuahnya. Masak dengan api perlahan hingga pasta lembut.
hidangkan dengan taburan parmesan cheese.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...