Wednesday, September 10, 2014

Mandai/salirap/papai aka jeruk kulit cempedak

Sumber saya kali ni blog Warisan bonda. Dok tengok member2 kat group masakan tu dok post gambar ni.....teruja jadinya nak mencuba sesuatu yang baru. Makanan ni merupakan masakan tradisi suku kaum banjar....

BAHAN - BAHAN


Kulit cempedak yg dibuang kulit luar yang hijau tu...tinggalkan yg putih je
1/2 Cawan garam ~ bergantung pd kuantiti kulit
Air masak secukupnya (ada resepi yang pakai air suam2 kuku)

CARA :

Kulit yg dibersihkan di basuh dan toskan airnya. Gaulkan dengan garam rata2. Isi dalam  bekas yg sesuai. Tuangkan air sehingga atas sikit dr kulit cempedak tadi. Tutup dan biarkan hingga seminggu

Kalau ada naik putih2 kat dalam air tu ialah getah cempedak tadi...takde apa2, buang je yg putih tu...Nak makan amik secukupnya hiris halus dan goreng garing2...Selebihnya boleh simpan dalam peti ais dengan bekas2....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...