Monday, September 15, 2014

Kuay tiaw kari

Kuay tiaw kari simple untuk sarapan pagi ini.  Kuay tiau kari kali ni takde letak kerang, udang, sotong, ayam....stok takde. Nak cancel bahan2 lain dah ada....so proceed.

bahan:
1 1/2 biji kelapa parut (blend & perah santannya)
1 cawan rempah kari daging + kari ikan
Air secukupnya
garam secukup rasa
1 /4 cawan air asam jawa

kisar:
15 biji bawang merah*
7 ulas bawang putih*
3 inci halia*
1 cawan ikan bilis*

Minyak untuk menumis

Pelengkap:
kuay tiaw - basuh dan tos
(Boleh guna laksa pendek/mihun/mee)
sawi/taugeh celur
Daun sup/daun bawang
limau kasturi
bawang goreng
cili jeruk
daun pudina
fish ball
fish cake
tauhu putih (goreng)
Tauhu goreng(yg bersarang takde isi tu)

Tumis bahan * hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air asam jawa, tumis hingga pecah minyak(garing). 

Masukkan air dan santan secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan garam  secukupnya dan tauhu goreng.

Tutup api dan hidangkan dengan bahan pelengkap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...