Friday, August 29, 2014

Roti Lapis Berdaging / lasagna roti


Resepi roti Lapis Berdaging ni saya rujuk dari MaDiHaA. Dari segi sukatan dan cara saya tak follow sume....ikut suka dan citarasa saya jer. Kat bawah ni resepi yang saya ubahsuai sesuka hati saya.......

Bahan-bahan

3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging cincang
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih ssya cincang
1 sudu besar serbuk kari 
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa 
Parutan cheese (banyak ikut suka)

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+tomato+sos cili.
Sebelum tutup api masukkan mix vage dan kacau seketika.

Satukan Susu+telur.

Pukul susu+telur hingga sebati.

Celupkan roti dalam adunan susu tadi. Susun atas loyang.

Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese.

Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan taburan cheese.  
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir
Bakar dengan api sederhana selama 30 mins atau sampai lidi tak lekat.

Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.

Bakar dengan api sederhana selama 5 - 10 mins atau sampai cheese cair.

Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

***Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...