Wednesday, August 13, 2014

Kordial limau kasturi homemade

Bila stok limau kasturi banyak jom la buat kordial, tahan lama, sedap dan takde pengawet......bila nak minum, tambah pulak dengan asam boi......memang sedap tak hengat....

Aritu masa sakit tekak sampai suara hilang saya pekena air asam boi limau kasturi ni, alhamdulillah terus ok balik.....rezeki saya la kot....tapi apa pun air ni sedap sangat pada saya dan famili...

kordial limau kasturi

2 kg limau kasturi - perah ambil jusnya
1 kg gula

Campur kedua2 bahan dan masak hingga gula cair sepenuhnya dan mendidih sekejap. Tutup api.
simpan didalam bekas 

cadangan hidangan

bila nak minum, bancuh dengan air ikut tahap manis masing2. Masukkan asam boi dan tambah ketul ais.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...