Sunday, August 17, 2014

Kek mentega pandan kas kas

Buah tangan untuk pak sedara. Kek ni saya buat tak ikut peraturan...hehehe. Saya satukan semua bahan dan putar selama 5 - 7 minit gitew....sampai ringan. Pastu tuang dalam loyang yang dilapik dengan baking paper pastu terus bakar....senang kan nak buat kek...

sumber resepi mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telur gred A
250 gram tepung gandum*
5 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar
50 gram kas-kas @ poppyseed 
1/4 camca teh pes pandan 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser tin atau acuan yang anda gunakan. Kalau guna acuan bulat atau persegi, alas dasarnua dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang (kebiasaannya jarak waktu untuk dimasukkan sebiji lagi telur ialah 1 minit).
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar. Putra rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicamur pes pandan, kacau rata dan satu dicampur kas-kas @ poppyseed. Kacau rata.
  4. Tuang bancuhan kas-kas dalam tin, rataka. Kemudian tuang pula bancuhan pandan, ratakan. Bakar selama 50 - 60 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...