Thursday, August 14, 2014

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Bila dah sejuk baru la hensem skit bila dipotong...apa2 pun rasanya maintain mengancam...

Balik kerja tadi terus ke dapur bancuh adunan kek coklat. Haritu buat kek coklat kukus tak cukup...anak2 suka sangat sebab dah lama sangat tak buat.....

Kalini saya guna resepi dari blog deli hayat. Tapi kalau tak salah saya pernah cuba resepi yang sama dari sumber lain. Memandangkan stok susu segar dah habis tak boleh la buat buttermilk, jadi saya ambil keputusan untuk ganti dengan air soya jer. Hasilnya tetap lembut dan lembab sangat......kek ni memang tak sempat sejuk....keluar jer oven, anak2 dah suruh potong. Dah lapar sangat katanya....

Panas2 tu saya keluarkan dari loyang terus tuang topping express saya tu.....terus potong....dan ngap....

Bahan-bahan: 

2 cawan tepung gandum 
2 cawan gula  (saya kurangkan 1/4 cawan sbb guna air soya)
3/4 cawan serbuk koko 
2 tsp soda bikarbonat 
1 tsp serbuk penaik 
2 biji telur saiz A @ B 
1 tsp garam 
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah) - saya ganti dengan 1 cawan air soya
1 cawan Mazola (guna minyak masak biasa pun boleh) 
1 1/2 tsp asen vanilla 
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2 sk nescafe 

Cara Penyediaan: 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. 

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. 

Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

Topping/ganache coklat

250 gm coklat putih (white chocolate) + coklat gelap (dark chocolate)
1/2 cawan susu cair (sebelum ni saya guna 1/4 cawan....kali ni saya cairkan lagi skit)

Masakkan hingga coklat cair. Tuangkan ke atas kek ketika masih panas.

Resepi substitute buttermilk:

http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm

Bahan-bahan: 

Susu segar - lebih kurang 1 cawan1 Tbsp cuka masak atau jus lemon 

Cara Penyediaan: 

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan (tak perlu kacau..biarkan begitu saja).Biarkan larutan berehat selama 5 minit dan boleh digunakan.

Dua gambar ni adalah kek yang dipotong selepas sejuk semalam....kekal gebu, lembut dan lembab....ganachenya pun masih cemerlang....masih cair dimulut dan tak mengeras...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...